It Has Been A Year! Behind The Scene of My Engagement Day


18 Disember 2017 Isnin
Assalamualaikum readers,

Oh my god, I kept breaking promises that I've made! (acah terkejut) Yah, I know yang on the last post I ada janji nak cerita pasal persiapan pertunangan myra kan? Hehe sorry readers (ceh padahal takde orang baca pun!) Guess what, I dah nak kahwin dah pun! hahaha. Actually, lagi 4 hari lagi je. I'm quite nervous right now tapi takde lah nervous sangat. Hopefully my wedding preparation is enough la nak menghadapi majlis yang akan datang ni. Harap sangat tak bertukar jadi Bridezilla lol~

Anyway, I still nak cerita pasal majlis pertunangan I tahun lepas walaupun tak lama lagi dah nak bergelar isteri orang dah. I kinda want to share some tips and preparations or just my humble experience bergelar tunang orang kann.

First of all, I nak cerita yang I tunang masa tu I masih belajar tau. So , I decide untuk bertunang masa cuti pertengahan semester and masa tu tengah Semester 5. Kinda susah jugak kan nak uruskan bila jauh apa semua? Thank Allah, I byk surf Instagram scroll2 any good packages yang sesuai untuk majlis pertunangan I.

Mini Dais/Pelamin & Photogapher
I wanted my engagement day to be kind of simple tapi cantik, and I am soooo lucky I found @whitebox.d Instagram that time. I dapat mini pelamin dgn harga rm400 je! Strategi I senang je, carik dais decor yang baru nak up, tapi kita boleh nampak hasil seni dia yg kreatif etc tu semua kan. So that dorang pun tak markup harga sangat. The same thing goes to photographer. I siap iklankan lagi through IG, Twitter and FB kalau ada photographer yang boleh meet my specification with the price ceiling yang I tetapkan. And wallah! one of the photographer from @brosgraphy.production responded to my searching. kalau tak silap, dia offer unlimted shoot untuk 2 jam for rm240. In fact, masa majlis tu dia shoot lebih dari 2 jam sebenarnya tapi depa tak cas lebih pun. Untungkannn?

Pelamin close up by @whitebox.d & photo by @brosgraphy.production

Make Up Artist (MUA)
In addition, I need to find makeup artist yang sesuai dgn bajet I masa tu. I still guna Instagram as medium sbb senang nak tengok hasil makeup MUA ni kan. I taknak ambik tangkap muat je sbb ada orang yang tak reti lukis kening cantik, yang makeup macam org dulu-dulu, ei takmo2. Sampailahh I jumpa instagram @sofietouch atau @aidasofia. I tengok kening je dah tahu yang MUA tu pilihan I atau tak. cewahhh! And I pun booking dgn Aida ni dgn hanya rm70 untuk makeup tunang dan rm30 lagi untuk cas transport. Hasilnya?

TADAHHHHH!!


Nampak lain terus kan muka? Tak sia-sia amik dia ni. Aida ni dah jadi fav MUA I dah sampai I amik dia untuk makeupkan for my pre-wedding and she super improved her make up skill. Tak caya? Tengok ni


Contact Lens
Hehehe cantikkan sis? Ye tau, mmg makeup je. Tapi ni mmg sumpah cantik makeup dia. Lain terus muka. Satu tips lagi, perbezaan ketara sbb masa tunang ni I amik contact lens dari Hana Bella (rm60) warna biru disebabkan I tak berani pakai contact lens warna terang2 ni. Takut muka jadi cam alien :( So, tak nampak sangat masa tu contact lens nya. Nah, ni pakai contact lens warna kelabu baru naik seri kat muka tu khenn? Bolehlah korang cuba lepas ni. Yang dress, tudung apa semua tu nanti lah I citer (tahun depan ke) hahahaha.

Inai
Ok, selain dari tu apa ya? Haa inai! Inai ni I pakai dkt akak sorang ni mmg dari dulu berinai dgn dia. even jauh pun I sanggup pergi sbb dah biasa dgn dia kan. Korang yang duduk area Johor, yang nak berinai buat ah dgn akak ni. Pi dkt IG ke FB dia, @shinarahim. I buat Inai, malam sehari sebelum tunang kot. dahlah jauh, dari kampung I dkt Teluk Sengat, Kota Tinggi pastu pi buat dkt rumah dia kat Taman Perling sana. Mau tak bising mak I'ols haha.so, inilah hasil inainya. Halus je kann?
Cincin Tunang dan Cincin Merisik
 Tak silap yang I buat ni siap kaki adalah dalam rm100 je. Dpt diskaun sbb dah biasa buat dgn dia kot. hehehehe. Alang-alang dah tunjuk gambar jari tu I nak citer sikit kat mana I dgn tunang I beli cincin tu. Satu cincin merisik satu cincin tunang. I beli dekat Merchant9. Kedai dia dekat Keramat Mall yg bersebelahan dgn UTC kat Keramat tu. I suka design2 cincin dia, mmg jenis yang up-to-date and tak berapa nak mahal sgt harga dia. I ni jenis tak suka pakai emas tau tapi jadi berkenan sgt dgn cincin biru ala-ala Kate Middleton punya tu. Harga dia pun masa tu dapat diskaun banyak gila. Harga asal dalam rm1500 tapi dapat diskaun jadi rm700 something. Total cincin merisik dan cincin tunang tu cuma rm840 je! Berbaloi-baloi weh.
Baju dan Beading
Tang baju tu I amik contoh kat IG je, kain I carik sendiri kat Jakel. Alhamdulillah, ada kawan mak nak jahitkan baju tu for freeeee. Mak kenal masa pi Haji baru-baru tu. Beading baju pulak I hantar dekat @FerlaneDesign. Butik dia dekat Taman Cendana, Pasir Gudang. Mmg heavy beading dia buat sbb masa tu ada bajet lebih, so I ckp dgn I bajet rm200. Kesian sis tu masa tu tiba2 demam, tapi siapkan jugak baju I. Thank you kak nee!

Gubahan Hantaran & Hand Bouquet 
Hand bouquet, Hantaran semua my mom's friend which is also my bestfriend's mom buatkan. I panggil dia Mak Zan, dulu kecik2 dialah yang jaga my big bro and now dah rapat gila. Even sedara mara sendiri pun tak rapat cam ni. Gaya gubahan hantaran dia apa semua tak pernah tak lawa, and sentiasa ikut peredaran zaman. evergreen gituu. Cuma sedih je hari tu dia takdpt dtg sbb pi UK. Bestie I je lah yang dtg dgn husband dia.

OKay, I think sampai sini sahaja perkongsian I pasal majlis pertunangan I SETAHUN lepas haha. Don't worry I akan postkan few pictures masa e-day I hari tu untuk tatapan u'ollss! See yaa!

 
Ketibaan keluarga pihak lelaki dari Kajang sebanyak 4 kereta lebih kurang pukul 3 petang.
My future father and mother-in-law



 Penyerahan cincin merisik dan cincin tunang untuk dilihat oleh ayah I


Masa tu I dalam bilik, taktau lah apa benda yang dorang bincangkan apa semua. Tau2, I kena panggil keluar duduk dkt kerusi. Nak sarung cincin. Tapi I nervous gila sampai tanya dkt bakal mak mertua I, tangan kanan ke kiri ni lol.
Thennnn, It's done! I'm officially engaged!





Masa ni sedih sikit, sebab ibu peluk erat gila then ckap
"Terima kasih sbb terima anak mak cik"
Omggg, I terkedu gila masa tu. I pun cakap balik
"Terima kasih sbb terima myra T_T"
Sumpah terharu gila masa ni. I am so lucky to have her as my mother-in-law.

From left Atika, Nadia & Tasya. My sisters-in-law

One with my mother

Hi, Encik tunang!

My family

Daddy, your girl just got engaged!

See you guys in next posting!



Comments

Popular Posts