I'm Pregnant!! And My Mom Got Breast Cancer :(

Assalamualaikum semua,

Myra tunjuk kat husband gambar ni
Hehe excitednya nak taip post kali ni.. tengok tajuk pun dah tau kan? Hari ni myra nak cite sikit pasal pregnancy journey Myra untuk tatapan korang semua hehehe.  Alhamdulillah... fast forward 7 bulan lepas kitorang kahwin, bulan yg ke-7 ni tiba2 period Myra datang lambat tau. Mula-mula Myra taknak berharap sangat, sebab last few month pun ada lah datang lewat jugak tp keluar la jugak period tu. Masa tu sempat la usik husband, macam mana kalau sayang pregnant? Dia macam gasping jugaklah haha. Tapi dia cakap kalau dah ada rezeki, alhamdulillah lahh..

So after few days period tak dtg2 jugak,  Myra pun beli lah pregnancy kit test. Paling memorable, masa tu, final World Cup 2018 tau. Myra baru balik kerja, shift malam masa tu. Habis je tgk World Cup, (psst, team France Myra menang woiii!! Hahaha) Myra pun gi laa mandi and tergerak hati nak buat pregnancy test tu. Dia punya debor tu toksah cite la, menggigil tangan masa nak tengok result tu. Addd, it's positive!


Alhamdulillah ya Allahh.. Myra ingat nak simpan dulu berita ni dari husband sbb kebetulan malam Myra check tu dia takde sbb kena kerja malam kat office. Tapii last-last Myra bgtau jugak via Whatsapp sbb tak sabar sangat nak husband Myra tau hehe. and bila Myra hantar this was his reaction. And then kitorang buat follow up checkup few days lepas tu and alhamdulillah. Doc pun confirmkan Myra positive pregnant. On 26 July, kitorang pergi ke Klinik Zalfah utk our first early scan. Masa nak scan tu serious rasa nervous sangat. Mana taknya, masa early scan ni lah doc boleh detect sama ada kandungan kita ni normal ke tak. Kalau tak normal, biasanya dipanggil kandungan luar rahim, kandungan tak menjadi, kantung tak nampak dan macam-macam lagi lah. Alhamdulillah sekali lagi ..doc cakap kantung dah nampak. So tiny and soo cutee! Masa check tu, etimated usia kandungan myra ialah 6weeks 4days and Myra dijangka bersalin pada 17 Mac 2019. Doc bagitau lagi sebulan boleh datang untuk scan lagi. Supposely masa tu dah boleh nampak tangan baby semua. Yayy, no more overthinking dahh.


Can you see that cute sac over there? hehe

Masa ni Myra dah excited sangat nak share tapi demi nak surprisekan family in-law Myra, excitement tu kena hold dulu hahaha. Sampailah kitorang plan balik kampung 29 July 2018, baru lah kitorang break the news dkt family mertua. Nak tengok apa reaksi dorang? tengoklah dekat video bawah ni hehe

Alhamdulillah, pregnancy journey Myra sangat dipermudahkan. Masa minggu ke-12, Myra saja buat ultrasound scan sbb nak tengok perkembangan baby sekali doktor cakap eh dah nampak 'pistol' ni, baby boy ni! Mula-mula agak terkejut jugak, tapi husband la paling happy sekali sebab dia memang harap sangat yang sulung ni biarlah anak lelaki, boleh lah jaga adik-adik dia nanti hehe. Syukur alhamdulillah.

. Agak mencabar bila time kerja je lah, Myra keje kat this dessert cafe, kalau masuk opening shift, kena opening kedai sorang-sorang. letih bab nak kena mop sapu, susun kerusi meja semua sorang-sorang weh. Kedai tu pulak ada ice-cream and it's super keras bila nak scoop. kadang-kadang mmg menangis jugak sebab letih sangat. Risau jugak bila terlampau banyak buat kerja berat akan effect pada baby. Belum lagi hadap perangai staff yang buat hal lagi. Masa Myra dah 5 bulan, Myra decide nak resign sebab cafe kurang staff and semua tugas akan dilambakkan pada bahu Myra and I know nanti makin penat. Plus macam mana nak scoop ice-cream bila perut dah memboyot nanti kan?


Besides that, Myra dapat berita yang agak sedih dan mengejutkan. My mom was diagnosed with breast cancer stage 2.. Lepas first kimo, kesihatan mak agak merosot dan sometimes mak akan rambling, one day mak pernah call cari Myra, dia kata dia rindu Myra.. Sedih sangat-sangat masa tu. My mom bukan jenis nak cakap dia rindu ke dia sayang ke. Tapi memang banyak berubah sejak dia sakit.

Bulan Disember, Myra pun balik ke JB, and decide nak stay di JB smpai bersalin dan habis pantang memandangkan Myra dah amik keputusan nak bersalin anak pertama dkt Johor. Masa tu mmg hari-hari Myra masakkan untuk my mom. Sebab makin hari selera mak makin berkurang. Ada hari bila Myra masak tu memang licin mak makan, kadang-kadang dua tiga suap je yang masuk.




Bubur tu myra masak 1 sudu je tau. tu pun kadang2 tak habis


Me teman mak makan bagi tambah selera hehe


Lepas sambut our first anniversary
Macam tu lah hari-hari Myra masakkan untuk mak Myra. Sampailah dah masuk 8 bulan Myra dah tak larat nak masak dah. Tak boleh nak berdiri lama, sakit pinggang & sakit belakang. Emosi pulak asyik terganggu je sbb Myra balik JB terpaksalah PJJ dengan husband Myra. Sampaikan kitorang sambut 1st Anniversary pun kat JB je. Kesian jugak dekat husband, hampir setiap @ minggu dia berulang Kajang-JB. Myra untung sangat dapat husband yang sangat memahami dan sanggup berkorban izinkan Myra balik rumah untuk jaga mak Myra yang sakit. Kalau orang lain belum tentu nak bagi sbb bila Myra balik jaga mak, siapa pulak nak jaga suami Myra? Kesian dia uruskan diri sorang-sorang kat sana. Semoga syurga buatmu suamiku.. Myra pun sangat-sangat perlukan husband Myra disisi dalam keadaan makin sarat macam ni. Checkup pun Myra pergi naik grab sorang-sorang sbb kalau ayah nak hantar takkan nak tinggalkan mak sorang-sorang kat rumah kan? Macam tu lah kisahnya.


Sebelum balik JB hari tu kitorang sempat buat detail scan di Klinik As-Salam Bangi sebab nak tengok keadaan baby and alhamdulillah semuanya okay.





 Masa ni baby dah 26 minggu, membesar dengan sihatnya. Alhamdulillah checkup semua pun okay je, takde masalah yang serius sangat. Kena minum air gula dua kali je sebab bmi tak normal, tapi lepas 2 kali minum confirmed takde kencing manis. Yang tak okaynya, masa pregnant ni keputihan sgt teruk sampai membawak kepada kencing kotor. Setiap kali checkup je mesti sangkut urine test. sampai kena amik sampel keputihan tu untuk buat check. Rupanya ada candida albicans. Risaunya tu Allah je yang tau.

Oklah, nanti Myra sambung lagi cerita kat next post ya. Stay tune!

Comments

Popular Posts