The Solemnization & Reception of Myra & Naza



#MyraXNaza

Assalamualaikum semua,

Hari ni genaplah 100 hari Myra bergelar isteri kepada Mohd Nazarudin bin Mohd Shah 😁 Masih tak boleh move on sebenarnya. Rasa macam tak percaya dah kahwin, dah ada suami, dah ada tanggungjawab and soon inshaAllah ada anak pulak..huhuhuhhuu.. Panjang kan huhu tu?😝

Okay, actually ada baaanyakk benda Myra nak story ni pasal majlis nikah dan resepsi Myra hari tu. Biasalah time tu memang super excited sbb kalau boleh kita nak majlis kita ni perfect dari mula sampai habis. Ye dak? 😉

Untuk persiapan tu memang dah lama mula, I think berbulan-bulan sebelum kahwin lagi Myra and husband dah start beli barang hantaran. Nak dijadikan cerita, myra kena habiskan praktikal 4 bulan dulu baru boleh fokus dgn hal kahwin.

Ramai jugak yang tanya, macam mana myra buat budget kahwin, kenduri apa semua kan? OK kat sini Myra nak share dengan korang berkenaan bajet perkahwinan Myra :)


Haa camni lah rupa bajet yang myra gigih isi so that dapat track kemana perbelanjaan kahwin ni berserta segala persediaan sebelum majlis. Please be reminded that keperluan perbelanjaan kita berbeza, so kalau korang nak jimat, kehendak tu ketepikan je laa. nanti tak cukup duit karang haha.

First of all, nak buat kenduri mestilah nak kena jemput tetamu kan? so kita mula kan dengan Kad Kahwin.

Kad Kahwin
Setelah survey beberapa company printing kad kahwin yang sgt menyeksakan (sbb rambang mata 😣) myra pun decide utk pilih kad kahwin dari Kad Impian.




Amacam? Cantik tak? Myra memang puas hati sangat dengan servis dari Kad Impian ni. Design dia lawa, minimalis dan yang penting cantik sangat. Untuk jimatkan kos, Myra kongsi kad kahwin dengan majlis belah suami Myra.

Total burn cost: RM 500/2 = RM250

Pihak Katering

Haa, bercakap pasal katering ni memang ada kontroversi sikit. Untuk majlis resepsi Myra, Myra gunakan khidmat Mahligai Impian. Nak dijadikan cerita, beberapa bulan sebelum kenduri Myra habis viral pasal Mahligai Impian. Kalau viral yang bagus takpe, ni semua kes yang teruk gila tahap memalukan pengantin. Nak tau apa pengalaman Myra guna servis Mahligai Impian.




Walaupun ada banyak jugak benda yang tak menyenangkan hati berlaku masa majlis resepsi Myra, Alhamdulillah, majlis masih dapat diteruskan, tetamu masih dapat makan hidangan kenduri kahwin Myra dan yang penting tak ada yang sakit-sakit perut sebab keracunan makan (tu yang paling penting!)

Total cost burn RM 10,800 untuk 1000 pax.

Wedding Planner/Bridal

Tadaaaa, ni lah pelamin Myra
Untuk wedding planner pulak, Myra memang survey kaw-kaw tahap pening kepala punya. Memang rambang mata weh sebab macam-macam pakej yang dorang tawarkan. Dari awal lagi Myra memang dah tekad nak cari wedding planner asing dari katering sebab taknak nanti dapat pelamin atau baju indah khabar dari rupa. Ikutkan hati nak cari wedding planner area JB sebab baju dorang banyak lawa-lawa, pelamin pun cantik-cantik. Tapiiiiii Myra punya majlis buat kat kampung Myra kat Kota Tinggi. So kos transport memang melambung dekat situ. Rugi nanti. So ada satu hari tu, Myra ajak kawan Myra gi survey bridal dekat area Kota Tinggi, Johor. Dalam perjalanan ke bandar Kota tu Myra terdengar iklan dekat Best.fm pasal bridal ni -Suelly Bridal. Kitorang pun terus terjah bridal ni. Masa masuk tu terpegun jap sebab koleksi baju dia banyak gila. Pakej yang dia tawarkan pun not bad jugak. So, lepas dah survey bridal lain, buat comparison sikit... akhirnya Myra pun decide nak amik servis Suelly Bridal.

Ni pulak sepasang persalinan bersanding by Suelly Bridal.

Dalam pakej termasuk:
Pelamin
3 pasang baju (Myra guna untuk prewedding, malam berinai dan bersanding)
1x make up (Myra guna  untuk malam berinai)
Hiasan meja makan beradab

Total cost burned : RM 2430

Photographer & Videographer

Gigih tau makeup lawa-lawa. Sekali gambar hilangggg
Haa hat ni pun satu masalah jugak. Myra pun pulun jugak survey photographer2 and finally nak amik sorang photographer ni - Baem Hap Photographer since harga dia berpatutan dan hasil2 gambar dia pun nampak menarik jugak. Kira kena la dengan taste kitorang. Tapi awal2 lagi dia dah buat hal. Dalam pakej dia ada free prewedding tau, so kitorang pun just ikut je la. Siap amik baju kat bridal, siap make up untuk pre wedding hanya untuk dia bagitau gambar yang kitorang shoot hari tu semua hilang.... Hilang wehh hilang. Taktaulah apa masalah dia dengan memory card dia tapi tu dia punya pasal lah kan? Nape tak buat backup etc. Tunang Myra (now suami) sampai amik cuti and datang JB dari Kajang tau nak buat prewedding tu.

Yang paling teruk, dia tak muncul2 masa majlis nikah kitorang. Dari mula makeup sampai Myra dah nak get ready untuk majlis akad nikah dia tak muncul2. Memang kalut gila masa tu, mak Myra tolong call dia tak angkat2. Nasib baik la masa tu Myra dah decide awal-awal nak amik videographer. Myra dah bagitau siap2, Myra dapat rasa yang photog Myra ni akan buat hal, so Myra mintak dorang standby in case dia tak datang. Sekali memang betul dia tak datang daa..

Fast forward.. lepas je kitorang nikah, tengah2 amik gambar tu, tetiba datang sorang brader ni. Abang Ilham. Dia datang kat pelamin kitorang, dia nampak macam bingung sikit haha. Rupanya, dia datang nak gantikan si Baem ni sbb si Baem ni post dekat group photographer nak carik pengganti dia urgent. Masalahnya, info yang dia bagi masa tu tak updated. Dia bagi info, Myra nikah pukul 3.30 mcm tu padahal info yang latest ialah 2.30. Memang abang Ilham tu sampai2 je majlis dah habis laa. Kuang kuang kuang.... Tapi abang Ilham ni baik orangnya, walaupun dia tak sure dia dapat payment ke tak untuk gantikan si Baem, dia proceed jugak untuk amik gambar kitorang. kira outdoor lepas nikah laa.




Antara gambar-gambar yang abang Ilham amikkan. Cantikkan?
Untuk videographer pulak, Myra amik dengan BNC Mediaworks, kawan2 mak Myra jugak. Nasib ada dorang ni, kalau tak, kempunan la nak bergambar lawa2. Oh ya, si Baem tu Myra dah proceed bayaran RM600 tau. Tapi disebabkan dia tak turn up, Myra mintak balik RM600 tu dari dia. Walaupun agak liat, tapi alhamdulillah dia pulangkan semula RM600 tu. Abang Ilham pun dah pakat dengan videographer Myra untuk tak amik cas apa dan dia bagi semua gambar tu pada videographer untuk dorang gabungkan dengan gambar yang dorang amik. Syukur... Boleh tengok video nikah dan resepsi Myra kat bawah ni ye :)

The Solemnization (22 Jun 2017)





The Reception (23 Jun 2017)






Total cost burned : RM 1500 (videographer) + RM700 (photographer) = RM 2200

Persembahan

Salah satu benda yang penting yang memang dari dulu lagi Myra impikan dalam majlis perkahwinan Myra ialah mesti ada persembahan zapin dan jugak sesi zapin/joget lambak. Akhirnya tercapai jugak thanks to Aniq Kreatif. Myra request untuk buat persembahan Zapin usik mengusik dan Asmaradana.
Part paling best sekali ialah masa zapin dan joget lambak sebab keluarga mertua Myra semua sporting sangat bila kitorang bukak pentas. Dapatlah merasa berzapin dengan encik suami yang pandai menari zapin jugak hehe.



Total cost burned: RM 650


Makeup

Untuk Makeup Artist (MUA) Myra dah survey awal-awal through Instagram je. Mula-mula nak amik MUA yang Myra guna masa bertunang dulu. Tapi sayangnya dia kerja hari Jumaat so tak dapat la nak makeup kan Myra masa nikah. Myra amik servis makeup @nrfhn aka Farah yang based dekat Kluang. Serius best sangat makeup dengan Farah ni. Makeup cantik harga pun murah. Myra amik makeup nikah, sanding + makeup untuk mak pengantin hehehe.


Makeup for Nikah
Makeup for Sanding


Makeup untuk mak pengantin

Total cost burned: RM380


Inai/Henna

My mom tengah terangkan macam mana nak menepung tawar
Untuk design henna kali ni, Myra amik dengan kak Suhaila Sulaiman sebab dia duduk area Kota Tinggi je. So tak jauh sangatlah dia nak datang. Disebabkan my mom dah pesan tak boleh pakai inai awal2 sebab malam lepas nikah tu nak buat malam berinai besar, so Myra decide nak buat inai putih dengan kak @ShinaRahim yang inaikan Myra masa tunang dulu. Ikutkan inai putih ni boleh tahan lama, seksa jugak lah nak menjaganya sampai ke masa nak akad nikah tu. Semata-mata taknak tangan nampak kosong hahaha.

Yang kelakarnya, Myra ingatkan malam berinai ni yang bertema-tema ala bollywood bagai dan malam untuk pengantin berinai lawo-lawo tu je. Rupanya sangkaan Myra meleset teruk hahaha. Baru tau maksud malam berinai besar tu ada menepung tawar ibarat macam bersanding. Yang membezakan malam berinai besar dengan berinai kecil - kalau berinai besar bersanding siap dengan pengantin lelaki sekali dan kalau berinai kecil just kecil-kecilan, pengantin perempuan je kat atas pelamin. Gituhhh~ 

My handsome husband hehe



And bila dah habis majlis berinai besar barulah Myra dipakaikan henna ni. Lepastu nak tunggu inai tu kering mak oi, seksa sangat gasghjggdas. Masa tu dah penat gila, mata pun dah berat je. Last2 tido atas lantai sbb taknak inai tu kena kat katil pengantin lol.




Total cost burned: RM225

Okay, ni antara benda yang penting lah bila nak buat majlis kahwin kan? Alhamdulillah, part Myra dah lepas dah. Kalau nak kupas satu-satu perbelanjaan kahwin kitorang hari tu memang tak habis lah post ni hahaha. Nanti ada rezeki Myra sambung lagi ye. Bye koranggg~

Comments

Popular Posts