Followers

Labels

Wednesday, December 24, 2014

One Soul Backpacker - Melaka Bandaraya Bersejarah (Behind The Scene)

Assalamualaikum,


Hari ni myra bersiaran langsung dari Melaka Bandaraya Bersejarah. actually, ni benda paling gila myra pernah buat. Myra sepatutnya pergi kerja pagi tadi pukul 7 alih2 pukul 1 myra dah ada kat Melaka.

Semalam sebenarnya hari paling disaster myra -
hari dimana tahap boiling point myra dah over limit.
semuaya sebab perempuan tu.


Apa rasa kena jerkah depan customer?
terkejut smpai satu badan tersentak.
Apa rasa kena panggil lembab?
Apa rasa bila dah buat sehabis baik, tapi tetap dipanggil buat kerja satu pun tak betul.
dari siapa?
dari orang yang bukan berhak pun.
tapi kerana dia punya pengalaman bertahun-tahun,
punya jawatan lebih tinggi dari aku.


Entah, mungkin orang tak dapat rasa apa aku rasa.
Benda ni bukan sebab semalam atau dua tiga hari lepas.
benda ni dah lama ditahan, dipendam.
pendam jadi dendam. dendam jadi benci.

entah jugak kenapa,
setiap kali terngiang-ngiang dalam kepala perkataan "lembab" tu luluh rasa hati.
itu penghinaan terbesar.
tapi kebenaran paling pahit, bila aku tak punya kekuatan nak menjawab
aku diam, aku gumam geram, aku telan.
suara aku tersekat kat kerongkong.
taknak air mata pulak mengganti.

Kadang aku benci diri sendiri sebab tak boleh balas balik apa orang kata pada aku.
Because even simplest argument can invite tears to my eyes.
Disebabkan aku tak nak orang tengok betapa cengengnya aku.
aku rela diam.
aku rela tadah.
aku rela senyap.

dan senyap-senyap jugak,
aku tolak pintu 'ladies' dan hamburkan semua sepuas-puasnya.
sampai langsung kering air mata.
sampai sembab mata.
sampai merah mata.
sampai hilang colesan eyeliner.

bila dah hilang semuanya,
aku sapukan wuduk,
aku tambah bedak serba serbi,
aku tambah eyeliner lipstik siap.
aku tampal -- senyuman plastik.

aku silap bila sangka,
"darkest childhood" aku dah berakhir.
aku silap bila fikir takkan ada orang dera perasaan aku lagi.
cukup semua kenangan pahit zaman sekolah rendah.
cukup semua seksa bergelar seorang anak cikgu.
cukup semua orang benci aku, lepaskan geram pada aku
hanya sebab aku seorang anak kepada cikgu mereka.

Bertahun aku mula semula.
Bina keyakinan aku.
Bina reputasi di tempat baru
lupakan aku dulu pernah digelar cengeng.
Aku yakinkan diri aku, aku bukan lagi 'crybaby' yang dulu.
Hati aku takkan mudah diusik, air mata aku takkan mudah tumpah.
Walaupun seringkali aku diuji dengan manusia "pembuli senyap" ini


"pendera perasaan"


Zaman sekolah berakhir.
banyak yang tidak-tidak,
banyak yang pahit-pahit.


Di Universiti aku beruntung. punya kawan dari syurga.
kawan-kawan yang manis. jujur.
senyum aku jadi ikhlas.
apa yang pahit boleh dikira dengan jari.
sebab yang sama jugak, aku selalu rindukan mereka.
kawan-kawan dari syurga.

teruk-teruk pun, aku akan menangis sebelum tidur.
teruk-teruk pun, aku akan menangis atas sejadah.
bukan dalam tandas.

semalam, aku rasa dia dah letak sabar aku paling atas,
maruah aku paling bawah.
kerja memang kerja.
kat mana-mana tempat pun ada masalah
dan aku bukan robot. aku pun ada perasaan.

yang penting, perjalanan ni perjalanan mencari diri.
perjalanan ni pengenalan.
mengenal siapa yang peduli siapa yang tidak.

awal-awal lagi, dah beritahu ayah.
"Ayah, anak ayah ke Melaka."
Driving. Alone.
with short notice.

Luluh hati bila ayah cakap menggigil dia risaukan aku.
Allah.
Sayangnya ayah pada aku.
Aku je yang tak nampak.
Because a dad doesn't parade his affection towards his children, He delivers.
I'm even glad ayah tak marah pun.
dia cuma risau. Dad's instinct.
kereta pun taktau selamat ke tak untuk perjalanan jarak jauh.
tapi aku yakinkan dia, aku nak sampai ke Melaka.
Aku tak mahu patah balik.

Ayah, your babygirl will come home. soon.
Its just not today.


Ayah, adik mintak maaf adik buat ayah risau.
for this time, let me be independent.
I want to find some peace.






ek? takkan bace je? tekan je lahh komen ke,tick ke pas tu FOLLOW eh?

1 comments:

erra fazira said...

be a tough girl :)
always be patient and feel to learn something..
mybe it just a test for u to keep move on and ignore others who always 'buli' you..
and keep remember that's our life is too far.. and many things will happen in the future..
every single day we will have problems but in different ways.. just like me :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
blog comel ini adalah hak milik miss myrara heart