Istiadat Konvokesyen ke-81 UiTM

Asalamualaikum semua,

*tarik nafas -- hela*

Allahuakhbar. berapa lama dah myra tak menulis kat sini? I lost count! Selalu ni lah tempat curhat kan, but since dah ada smart phone dah ada twitter semua curhat kat sana.

anyway, baru-baru ada satu event yang paling penting berlaku dalam hidup myra. Happy- thrilled-excited-nervous macam2 jenis perasaan ada. and i was thinking kalau macam ni punya roller-coster perasaan tu kan,macam mana laaaaaaa kalau nak kahwin karang. haha.
Sesi Istiadat Konvokesyen myra la :)

Finally, selepas 3 tahun nilah  saat2 yang myra tunggu skali.Ha? Saat?

laaa, betul lah saat. naik atas pentas tu tak smpai 10 saat pun. belajarnya smpai 3 tahun. hahaha

3 tahun sebagai student Diploma Seni Kulinari, adalah 3 tahun terbaik dalam hidup myra. Bukan sekadar ilmu yang myra terima, pengalaman yang mematangkan, kawan-kawan yang terbaik dalam hidup, kena tikam belakang, dan macam2 lagi. Seriously, myra rindu sangat zaman2 tu. smpai selalu sangat myra buat throwback kat Instagram.

after all, this is it!

















and to wrap it up, myra nak bagi full credit first skali pada ayah myra. he is the one who supports me from the beginning till the end. terutama sekali bab kewangan. myra tak amik PTPTN, takde biasiswa dan semuanya ayah myra yang tanggung, takde ayah myra, mungkin myra takde kat atas pentas pada hari bersejarah ni. terima kasih ayah! :)

and yes, this post is dedicated to my dad. dari kecik lagi, myra dah jadikan ayah myra sebagai idola. myra pandang ayah myra as orang paling genius dan berjaya dalam hidup. setiap kali myra tanya apa-apa kat ayah mesti ayah boleh beri jawapan yang bernas. terutama sekali ayah banyak tolong myra develop skill bahasa inggeris smpai lah sekarang dah boleh master bahasa inggeris.
masa myra tingkatan 2, myra join tae kwon do kat sekolah dan ada tournament. boleh pulak masa tu datang awal sgt pukul 8 pagi padahal myra punya turn pkul 7 ke 8 malam gitu.

tapi ayah, tetap tunggu dengan setia kat situ bagi semangat kat myra. the same thing goes masa myra ada tournament kat stadium larkin. I miss that moment.

dan myra masih ingat lagi -- tingkatan 3, tahun PMR. myra selalu hadapi tekanan nak fit in dengan kawan2 kat sekolah dan asrama. ada je masalah, ada je orang yang dengki dengan myra , ada je yang tak puas hati plus suka carik pasal dengan myra. myra tak berenti menangis je pasal tension sangat. ayah pulak akan datang tiap2 minggu walaupun mak tak dapat ikut sekali untuk bagi semangat pada myra -- takpun ayah akan datang untuk ajar myra subjek2 yang susah macam matematik dan sains. sampai pengetua masa tu lalu pun impress sebab waktu melawat tu myra gunakan untuk study dgn ayah.

fast forward, and it was the moment when I had to take my driving license. first trial, failed. nervous sangat punya pasal plus agent kat kelas memandu tu tak ajar myra dengan betul. sehari sebelum JPJ test baru dia nak bagi myra bawak kete masuk jalan besar. later, myra tak masuk belajar dengan dia for the second time but instead belajar dengan ayah. guess what? I passed with flying colors! haha,
my father is really a GREAT AND ALL-ROUNDED TEACHER EVER!

Last but not least, terima kasih banyak2 ayah. Adik mintak maaf adik terlepas peluang nak pakai selimpang pink, dapat Anugerah Naib Canselor sebab sem 2 adik tinggal 0.07 lagi nak dekan. adik jugak tak dapat Anugerah Graduan Terbaik sebab calon lain lagi power dari adik. adik janji untuk degree nanti adik nak buat lagi baik lagi bagus dari diploma ni. adik janji adik akan naik pentas lagi sekali untuk Anugerah Naib Canselor sekali dengan Kelas Pertama.

terima kasih kepada mak jugak. kalau tak kerana adik nak sahut cabaran mak yang adik boleh berjaya walaupun result SPM adik tak seperti jangkaan mak. I love you mom :)

terima kasih kepada lecturer aka Penasihat Akademik bagi batch Culinary Mei 2011 -- Madam Sharbana. saya mintak maaf madam tak dapat ANC mcm madam expect. masa first sem madam banyak bagi inspirasi pada saya. walaupun, dak2 kelas mcm x leh masuk dengan kelas yg madam ajar tapi saya paling suka bila time kelas madam. semua orang boleh keluarkan idea dan pendapat masing. till we meet again madam :)

and to all friends, happy graduation day!

Comments

Popular Posts