The End?

Assalamualaikum :)

wait, whatttt? it has been four to five months since the last post. hahaha, it really has been a while aight? Maaf lah semua, I'm so busy saving the world, so memang takde masa nak berchenta dengan inche blog. XD since the last post myra tulis is masa baru2 masuk uitm, skarang ni dah nak habis sem 5 dah. maknanya tak lama lagi myra akan keluar praktikal. memang awal2 lagi myra nak bgtau post ni akan sarat dengan gmbar sebab I prefer to let the pictures do the talking :)

In my opinion, sem 5 ni certainly akan jadi the toughest semester ever since its the last semester myra menghadap kuliah. tapi dalam busy2 ni aktiviti berjimba ria memang tak akan dilupakan hahaha. maybe akan dibahagikan ke beberapa part sebab banyak sgt nak diceritanya. :p Just stay tune

Birthday Che Mira





masa ni myra buat surprise utk che mira. sepanjang hari tu, mmg tak wish dy langsung. and senyap2 gi bandar beli hadiah, plan utk birthday dy. tu yg bila dy tau kitorang surprise kan dy, smpai sembab2 mata menangis. hehe. sebab last year, walaupun kitorang tgh gaduh dy ttp usahakan buat surprise party utk myra. and I'm so dam touched. beriye jugak celebrate birthday dy tahun ni. hee

After 1 year of relationship & Sushi Exploration










nampak tak mata myra yg sembab and bengkak tu?? gini lah ghupa nya org baru lepas break up. haha, yeap, myra dah break up ngan famy. sebab nya tak perlu lah myra cerita kan kat sini. It just because a simple matter and that leads to our break up. gaduhnya sejak sehari sebelum tu lagi, tapi masa ni myra tgh drive g Kuantan sebab Duan teringin nak makan sushi. so we called this journey as Sushi exploration. haha

Ramadhan Al-Mubarak








masa ni ada majlis berbuka puasa for whole uitm. AJ who is in charge for bahagian makanan tak cukup tenaga kerja so myra and che mira volunteer utk siapkan mise-en-place. barang2 utk masak semua, termasuk lah kena siang ikan kembung, kupas n potong bawang dan lain-lain for 1000 pax. fuh, gila banyak. however, we are glad we could lend our hand to help :)






ni pulak event We Love, We Care yang diorganized oleh kelab D'Hoteliers. For student Diploma Culinary Art part 5 kitorang incharge bahagian masak bubur lambuk kawah. haha, ni seronok gila kay :)
dapat kerja sama2 dgn coursemates ambil buat amal. Event ni utk tolong family kurang kemampuan area Dungun ni.













Haaaaa, ni pulak masa dah nak dekat2 habis puasa. myra bawak kawan2 myra, Che mira, Nani and Uyun balik JB sebab kitorang nak siapkan assignment utk subjek Entrepreneurship which kitorang kena interview mentor for bakery shop. But serious talk masa nak gerak balik JB tu memang dugaan yang amat. hujan lebat then bas sampai lambat gila. pukul 1 pagi baru bas sampai, and perjalanan yg biasa makan masa 7jam dah meleret jadi 10 jam. tak pernah pun rasa seksa nak balik JB mcm tu. 

First day, myra and yang lain masak kat rumah. memang seronok sebab selalu myra masak kat rumah tu dengan mak je. ni lagi seronok bila masak ramai. intention masak tu sebenarnya nak pegi buka puasa potluck kat JOHO tp malangnya tak sempat. so buka kat rumah jek. haha
kitorang masak Lemon Chicken, Spagetthi Bolognese and Creme Caramel.

malam tu, bawak dorang jenjalan kat JB jap. masa lalu stulang laut, Nani excited tgk Stulang Laut tu dekat yang amat dengan Singapore, huhu. Then, gi jalan kat Bazaar Karat, pegi hantar makanan kat JOHO nad barulahhh balik. balik2 terus lepak je semua. haha

Next day, kitorang gi interview mentor kitorang kat Kota Masai. paling sakit hati, mula2 nak buat kat Bakewell tapi dy langsung tak bagi can sebab busy sangat. 

Lepas interview, myra bawak dorang gi pusing City Square pulak. dah penat pusing, buka puasa dengan makanan super banyak kat rumah.hehe


malam tu, nak kena hantar nani balik kat terminal bas. balik besut. kebetulan malam tu ada Paso Bumbung kat rooftop Galleria. memang ramai orang gila, but dah teringin nak pegi kan, berjaya jugak jejak. semata-mata nak tengok Fynn Jamal tapi tak nampak pulak dy. malam tu, che mira dah nak balik dah. bas ke KL.






hehe, sampai sini je lahh ceritanya. lepas ni myra sambung about raya pulak. kbai guyss


Comments

Popular Posts