Car Accident at Dungun, Terengganu :(

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, masih panjang umur myra nak mencoret berkongsi cerita kat bloggie kesayangan myra ni. Myra tau dah lama sgt myra tak kongsi2 walaupun tak ramai yang membaca pun.

Regarding title yang myra statekan kat atas tadi, yes. myra accident kereta Rabu lepas bersamaan 27 Mac 2013. nak ikutkan dah dua minggu dah berlalu dari tarikh myra menulis blog ni. Kisah ni memang related antara satu sama lain so that myra ceritakan satu persatu, just the highlight is the accident tht just happened to me.

Jumaat 22 Mac 2013

Malam tu myra gerak dari JB pukul 11 mlm naik bas Maju ke Kuantan sebab 24 Mac tu ialah myra punya final cooking kat UiTM Dungun. Plannya myra kena stay rumah kak mie kat Kuantan sbb UiTM Dungun tak sediakan kolej utk student praktikal sehari sebelum our exam day. nak xnak, lepas exam baru boleh check in bilik. Serious talk, sepanjang perjalanan dari rumah ke terminal larkin smpai lah naik bas myra rasa tak sedap hati sgt. kelopak mata kiri myra tak berhenti-henti bergerak-gerak and sometimes it annoys me. and myra tau something bad will happen to me coz sbelum2 ni pun mcm tu. myra asyik terpikir kenapa lah mata myra ni x nak dduk diam. myra ingat lagi myra ad bgtau famy pasal tu tp dy suruh ignore je, dy ckp takde pape. Again, I'm such a bad daughter, I even forgot my mother's birthday. It was today, tp myra tak ingat langsung.

Sabtu 23 Mac 2013.

myra smpai kuantan pukul 4.30 pagi, tengah hari tu myra finalize report and pegi hantar print sama2 ngan kak mie. mlm pulak myra study utk tomorrow's final cooking. myra slot pagi and I was so damn nervous coz x sempat jumpa my partner utk bincang.

Ahad 24 Mac 2013

Myra bangun kul 5.30 pagi, siap-siap nak gerak ke Dungun. The exam will start at 8.30 am, but Pahang to Terengganu in just few hours? sempat  ke? memang tu yg myra dduk risaukan.mcm2 rintangan nak smpai kat UiTM tau tak. Luckily myra sempat sampai jugak, and missed the briefing. luckily amin ada. I was in rushed. masuk2 tu tak tau nak buat apa, start dengan ap. haihh. memang the product turned out to be like hell coz I couldn't handle the nervousness. phew. alhamdulillah its done.


Appetizer
Chicken Terrine with Pineapple Chutney


Main Course

Baked Sea Bass w Spicy Mushroom Risotto, Chef Selected Vege and Lemon Butter Sauce



Then, after that me and che mira went to Kolej Gemia utk dftar kolej for 4 days. gitu gini, tidorlah smpai mlm. haha, sbb penat punya psl kan. sebelah mlm nya pulak menapak dari Gemia ke Restoran Seri Molek, Hotel UiTM for dinner. bapak jauh weyy. sweating habis kitorang. ahaha.

Isnin & Selasa 25/26 Mac 2013

That evening pkul 5.00ptg myra n che mira sewa kereta coz we are planing to spend our precious time together coz dah brapa bulan tak jumpa kawan2 baik myra ni kan. 


me sebelum gerak ke Kuantan with JOHO #01 SE Black & Red.


sempat lagi pekena Balinese Banana. Yumms!

so that night, we arrived safely at Kuantan, planning to have our midnight movie at ECM tapi kat sana xde plak midnight movie. then check on Berjaya Megamall Kuantan and we decided to watch Lawak Ke Der 2! heee, dah lama sgt nak tgk cite ni tapi x kesempatan and lastly dpt jugak tgk dgn kwn2 sy, Che Mira n Dhuan :)

 so these are some of our pictures.






Lepas balik Kuantan, kitorang mandi and qada tidur. Malam tu sempat tgk movie kat lappy ngan che mira . while watching I kept complaining kenapa lengan kiri myra ni lenguhhhh sangat. tiba-tiba je rasa mcm tu. che mira pun tnya kenapa dgn tangan myra tu. hurm, entahlah. nanti bangun tido dy oke lah kut. sebelum tido, I texted my friend Alia Khaleeda , asking her for some errand . I asked alia to fetch me up at Gemia 9 am tomorrow sebab barang byk and myra takkan larat nak menyeret semua brg2 tu dari Gemia ke Pos A. She said okay so myra pun masuk tidur lepas kemas2 semua brg.

Rabu 27 Mac 2013 (Hari kemalangan)


 myra bangun kul 8.00am, mandi2 n siap2 semua. pkul 8. 30am myra text alia to remind her tp dy tak reply. dah pkul 9.00am but alia x sampai lagi. so myra teros call dy. laa, rupanya alia tak bangun lagi. about 9.15am alia sampai kat Gemia and we loaded all my stuff inside her car. she said "cepat myrara, cepat. dah lambat ni. takut terlambat."

So, myra masuk dlm kete. wearing my lappy bag at my back and my handbag was on my lap. At that time, myra tak pakai seatbelt sbab I was in hurry  and myra pkai beg lappy kat belakang. masa tu memang terdetik nak pkai seat belt tapi I said "takpelah, dekat jek"

And alia was speeding, sempat jeling meter kereta dy. about 120km and myra dah mula rasa tak sedap hati sangat. last myra tgk jam pukul 9.22 am sebelum myra masukkan handphone dlm handbag and keluarkan tiket bas. masa tu alia dah potong beberapa kereta dah .

estimated , on 9.25 am, ada mcm byk kete kat depan kitorang, so alia decided to over take. dalam masa yg sama selang sebuah kereta dari kitorang pun nak potong jugak.because of that, alia pegi kat bahu jalan yg penuh dgn batu kerikil and berjaya potong kereta tadi. tapi malangnya masa tu kereta dah tak stabil sebab laju kat bahu jalan yg tak rata tadi. bila masuk balik kat jalan tar, kereta kancil alia dah terumbang ambing and all I knew was kereta kitorang terbalik entah berapa kali atas jalan. Myra takkan lupa apa perasaan bergoncang dalam kereta tu, just imagine both of us tak pkai seatbelt! myra berdoa dlm hati and tertunggu bila kereta ni nak berenti terbalik. I was so damn scared at that time. bayangkan, myra tak pernah tgk accident depan mata and suddenly benda tu sendiri jadi kat myra.

finally, kereta tu berenti terbalik and stop at the driver side. myra and alia panjat keluar dari belah tingkap myra. myra still ingat alia  tanya "kita accident ke myrara?" myra taktau ap jadi masa tu, and apa yg myra ingat dlm kepala otak myra, myra kena keluar dri kereta tu. masa keluar tu bju myra tersangkut kat cermin kete yg pecah and ,myra cuba lepaskan diri. Tudung myra dah separuh tercabut pas tu myra cabut terus. myra nampak barang2 myra semua bersepah atas jalan. beg baju myra, beg tool box. myra capai mana yg dekat lepas tu baru myra perasan siku kiri myra koyak!

I was bleeding and blood is everywhere. kaki myra luka-luka. Alia keep apologizing, "Aku mintak maaf myrara, aku mintak maaf" and I said to her "aku tak salahkan kau alia" myra tak nangis ke hape sebab myra bingung sgt masa tu. tangan myra menggigil. fon dah ada kat tangan tapi myra taktau nak buat apa. org angkat myra duduk kat warung sebelah tempat kejadian. Alia pinjam telefon utk call adik dy, Dekna.  "Dekna, aq accident. Kereta hancur dekna, hancur! kau dtg sekarang kat sini" Myra still ingat apa alia ckp masa tu.

tak lama lepas tu, ambulan JPAM dtg. myra msuk dlm ambulan and baru myra berjaya kuatkan diri call mak. Myra mampu cakap kat mak yang myra accident je and bila mak tnya macam mana myra taktau nak jawab cm ne. masa tu lah siren ambulan bunyik, mak dgr bunyi siren pastu suara mak mcm cemas.

lepas ckp ngan mak, myra letak fon. myra call famy, tp dy tak angkat. myra call kwn famy mintak kejutkan famy. then myra ckp kat famy yg myra accident. he was panicked at that moment, lagi2 dengar bunyi siren ambulans.

Dah sampai Hospital Dungun , I was admitted into Yellow Zone of Emergency Room. Seriously, lmbt gila bru dorang buat tindakan. Dorang hntr myra g XRay dulu baru g cuci n jahit luka. masa jahit tu, entah berapa jahitan entah medical assistant tu buat.  after selesai semua, dorang hntar myra keluar kat tmpt dftar tu where all my friends are waiting for me.

bila nmpak che mira peluk dy, mse tu bru terasa nak nangis. and bru terpikir mcm mana getta hell out of the hospital. nasib baik ada sorang kwn mak and also my former teacher otw to Dungun.







kak ely hntar smpai rumah sewa Alia. petang tu pulak kak mie amek dri kuantan. terpaksalah myra stay rumah kak mie smpai jumaat bru balik sama dgn dy.



Jumaat 29/3/13

lepas ayah pick me up at Ayer Hitam, balik tu pegi klinik panel ayah kat Pasir Gudang. mintak dy tuka kan bandage aka dressing. sekali dr tu ckp, tgn myra bengkak and mybe ad infection. mybe tulang patah or retak. terus doktor tulis surat recommend myra pegi kat Regency Specialitst Hospital jumpa doktor pakar kat situ. since dah pukul 11 mlm, ayah ckp pegi esok je laa.

Sabtu 30/3/13

pagi-pagi tu , we off to Regency Hospital yang nasib baik terletak dekat je ngan rumah myra. mula-mula receptionist ckp doktor takde, kena dtg esok. sekali mak tnya, klau nak tukar bandage tu kat sini boleh tak.  org tu ckp boleh g kat Emergency Department. lepas buat prosedur biasa tu hape semua and xray myra jmpe doktor kat ER tuh. doktor ckp tulang tak patah or retak tp disebabkan infection doktor kena bukak balik jahit n cuci isi dalam tuhh. then myra kena tahan kat wad dlm 2,3 hari . ouchh, bunyi mcm sakit. nasib baik doktor kata myra kena full bius. huish, kalau takkkk..



then lepas doktor tuka dressing, nurse masukkan air and antibiotik dlm bdn. adess sakit nokkk. bukan men susa lagi dy nak carik salur darah nak masukkan jarum. so duduk la myra kat ward tu. dapat pulak dgn sorang patient yang asyik meracau jek. malam tuh, myra nak ckp ngan famy tp tht woman tak habis2 meracau. sekali bila myra cuba nak carik lobby, myra terperangkap kat staircase hotel yg sooooooooo  creepy. byg je laa, masa tolak pintu tu ada tombol, bila dah tutup, nak kluar balik pintu tu xde tombol. tgk pintu level atas pun cm tu jugak. level bwh plak gelap gila. macam2 dah fikir masa tu, myra terpaksa gendang2 pintu tu suruh nurse bukak even dy tak nak bukak mula-mula. maybe dy takut benda2 lain kut. byg je laa. hospital kan. private hospital lak tu.

malam tu jugak mintak nurse pindahkan g bilik lain. mmg xleh tido dengan kena dgr suara pompuan uhh. seram tau x. fuhh, seriously pengalaman admit hospital mmg tak best.

Ahad 31/3/13
Myra kena puasa 6 jam sebelum surgery hari ni. and i am sooo hungry. yang bestnya, famy nak dtg melawat myra hari ni. heee, I'm so happy. muka tak berenti2 senyum mcm dah sihat jek. masa dy dtg tu boleh dy nak suruh myra keluar, pas tu mak myra g jenguk kluar n suruh dy ngan kwn dy masuk. nasib baik lah mak ayah faham, lepas famy salam dorang tuh mak ayah terus keluar bg ruang privacy kat kitorang. hihi. 





tu nampak kat tgn myra tu, salur tu dh penuh ngan darah means dah tersumbat dah. sebelum g operation, nurse terpaksa bukak sebab dah bengkak dah tgn myra. dalm pukul 3.30 petang, nurse hntar myra g operation theathre. mak ayah pun ikut sekali. rasa debar sgt. ngee, kesian doktor carik saluran darah myra tak jumpa. asalnya nak bius myra smpai myra tertidur tp since tak jumpe dy suruh myra sedut gas apa ntah terus lah myra tak sedar. tau2 je, bila dah sedar tu kepala myra sakit yang amat2 sangat. rasa berat pun ada. terus on the spot nangis panggil mak ngan ayah. then mak ayah dtg, ngan cikgu zalina and the family. myra memang lemah sgt masa tu. nak taip kat fon pun x larat, so myra tidur lepas mak zan, abah n mak ayah balik.

Isnin 1 April 2013

Hari ni doktor ckp myra discharge. yeyyy! tengah hari tu Dr.Nacchipan yang in charge myra dtg n tukar dressing lagi lepas myra g Xray. dy tunjuk Xray sebelum n selepas. memang byk beza. 

 sebelum

nmpak tak kulit siku myra melengkungn lari sikit dri bentuk asal dy? n klau korang nampak, ad butir putih2 bwh tulang siku myra. yg tu lah batu n pasir2 yg tertinggal kat dlm daging myra yg doktor kat hospital dungun hari tu tak bersihkan betul2. tu lah yang menyebabkan infection.


selepas
\ni view xray lepas surgery. kulit tu pun dah tak melengkung sgt n pasir2 tu dah takde. alhamdulillah lah. :)

so pukul 4 petang tu, myra discharged dengan jayanya and mendapat tau bil hospital myra ialah
 Rm 7000!

*pengsan*

nasib baik lah myra ada insurans TNB coz ayah myra keje kat sana. kalau tak? jenuh nak membayarnya weyyyy! 
*lapchu TNB :*

Fuhh! habis pun cerita myra ni. sorry lah membebel panjang sikit (sangat!) hari ni. bila dah lama tak bukak cerita cam ni lah jadinya kan. semua benda nak cite. hee. thanks for reading smpai habis ni haa. thank you, thank you!

bila difikirkan balik, memang miracle myra and alia selamat (alia cedera kat lutut and kena jahit jugak) walaupun kalau tgk pada keadaan kereta yg cermin sume pecah, dengan kitorg x pkai seat belt lagi boleh arwah dah kami ni. mungkin tercampak keluar kereta, mungkin kaca pecah kena muka, mungkin kepala kena concussion smpai amnesia ke dan bermacam2 kemungkinan lagi. tapi alhamdulillah kami selamat dengan kehendak Allah, dan yg paling penting kemalangan ni ajar myra utk bersyukur bila Allah masih beri peluang utk hidup dan bertaubat.

remember guys, we are next to death when we are on road. please take care of your safety, buckle up, and peganglah dgn ayat
"Biar Lambat, Asal Selamat"

myra harap pembaca semua doakan semoga myra cepat sembuh ek, selamat myra ada dua bulan cuti sebelum masuk sem 5 nanti. 
thanks again. annyong!


Comments

Popular Posts