Internship Experience

Assalamualaikum readers :)

Lama dah kan tak jenguk blog myra ni. ceh gaya macam ada pengunjung setia pulak. Apapun, myra nak wish thank you to Arin coz dalam senyap-senyap Arin jenguk jugak blog myra and tak lupa jugak tinggalkan komen. Walaupun Arin dah tak aktif kat FB atleast myra tau Arin masih setia membaca entry2 yang myra post. Kamsahamnida! :)

Back to the topic, hari ni myra nak cite pasal hari2 baru yg myra tempuh for almost 11 days dah ^^ of course lah praktikal! hee, ramai yang ingat myra dah part 6 sbb kluar praktikal. tak, sebenarnya mcm ni guys, course myra, Diploma in Culinary Art akan keluar praktikal for 2 times that are masa part 4 and part 6 :)

So, sedar tak sedar myra dah habis part 3 and myra dah kena keluar praktikal. Because I have no experience pasal tempat2 praktikal yang bagus, myra pun follow lah utk amik Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru. Nak tau kenapa? The main reason is myra saaaaangaaat familiar dgn hotel ni. Dari darjah 3 myra dah masuk sini, sebab masa tu sekolah myra selalu buat annual dinner pengawas2 kat sini. Second reason ialah sebab ada sorang kawan mak, husband dy mmg chef kat Puteri Pac. Dia selalu lah cerita kat sini mmg selalu amek student praktikal. and thats why myra nak praktikal kat sini. Sayangnya, kwn myra Airin uhh, dy ckp kat KSL Resort lagi bagus. Apply2, tak dapat pulak kat KSL, dh tertulis yang myra kat sini.well, nak buat cm ne kan *angkat bahu*

And first day, Monday 29 Oktober 2012, myra pun datang lapor diri kat HR department. Alhamdulillah, ada lagi 2 org rupanya dari UiTM Dungun. Kak Mie, and Kak Ija :) Me so lega coz xde lah sorang2 an kat situ. huhu. Lepas briefing myra dapat tau elaun dy just RM100 je. *uhukuhuk* tak boleh nak buat ape lah kan. yg penting ilmu yg nk ditimba tuwh.

First day myra, myra diassign utk masuk Pastry Kitchen sampai lah 21 Nov nehh. For the first impression semua staff mmg ramah2 and for sure myra sgt awkward sebab semua lelaki! Haishh, bila dorang buat lawak ke apa, myra senyum je lah. Slowly myra kenal la nama sorang demi sorang .

But apa yang myra taktau, ade sorang mamat uh ya Allah miang keladinyaaaa. Sumpah myra tak selesa gila dengan dy. Bayangkan lah kita sorang je pompuan dalam kitchen uh mcm2 lah perangai dy. Paling teruk bila dy dah start double-meaning lah. aduhai, for the first 3 days mmg stressful sangat. Rasa mcm tak nak masuk kitchen tu lagi. Sampai menangis2 myra cite kat famy. Sebab dy je yg leh faham, nak cite kat parents mmg berat gila nak share.

Alhamdulillah, masuk hari keempat tuh, ada trainee dari YPJ  nama dy Norra. Bila myra tau dy akan masuk pastry myra rasa mcm nak terlompat2 aje kat situ. tak sangka, kejap je Allah dengar doa myra. hee.

Thus, tulah pengalaman serba serbi myra utk two weeks kat pastry. nanty myra free myra cite lagi yek ;)

Comments

abu zarin said…
;) hahaha . nak tgk perkembangan mra je . so farr u done a very goodjob (Y) hahaha . jaga diri okay , kerana dirimyra , begitu berharga . haha . Assalamualaikum

Popular Posts