What's so SPECIAL about JOHOR?

Assalamualaikum to my readers.
May Allah bless you always.

Beberapa bulan lepas , myra terbaca satu blog ny tauu mase tengah blogwalking and I my feeling was kinda mixed up. There was a family who came to Johor bahru for a vacation but they  feel like their vacation are wasted as they chose JB for their vacation spot. Hell, No! (ops, no foul words) Hari ni, myra akan buktikan tanggapan mereka itu salah . Buat sesiapa yang nak datang JB, it is recommended that Google dulu about JB  or reach any information kiosk or just baca blog myra nehh. Banyakkkk sangat keistimewaan tentang negeri kelahiran myra neh.

Istimewa Johor
keratan akhbar BH.
IKON JOHOR BAHRU
Bangunan Sultan Ibrahim
Bangunan Sultan Ibrahim merupakan sebuah ikon Bandaraya Johor Bahru yang masih lagi kekal bertapak sehingga sekarang . Although I have been living in Johor Bahru for 18 years, baru sekali dapat jejak kat sini sebab ada event JOHO : Earth Hour 2011 kat sini . Dalam ni ada sesuatu tauu . Nak tau datang lha tengok . Hihi.
BAZAAR KARAT

Bazaar JB a.k.a Bazaar Karat
Kunjungan korang ke JB tentunya takkan lengkap kalau korang tak datang sini . Kenapa? It's Difficult to be describe . Myra suke night life kat JB. ALIVE .with the people, the scene, the music, the art and so on . As far as I am concerned, bukan kat JB je ade Bazar Karat but JB is something DIFFERENT . Come, and feel it . Dibuka setiap hari but mostly paling meriah bile malam hujung minggu lahh .

ADAT PERKAHWINAN JOHOR

Haaa, buad sesiapa yang datang Johor sebab ade majlis perkahwinan (sebelah perempuan punye rumah lhaa) jangan lupe take notice about adat perkahwinan yang diamalkan penduduk di Johor ni sejak zaman berzaman lagi . even me myself grew up in this culture . Bila tgk perkahwinan kat negeri lain, tak mcam dekat Johor barulah perasan keistimewaan negeri myra nehh :)

In particular wedding reception, tebus pelamin atau lebih popular dipanggil duit tol menetapkan pengantin lelaki harus menempuh beberapa halangan atau sekatan sebelum dapat duduk di sebelah pengantin perempuan. Untuk melepasi sekatan tersebut , pengantin lelaki (biasanya akan diwakili pengapit) perlu memberi duit tol . Halangan terakhir ialah mak andam yang akan duduk di sebelah pengantin perempuan sambil menutup muke si bride nehh . Lepas bayar dengan harga yang agak tinggi sikit, barulah pengantin lelaki boleh tengok muke pengantin perempuan ni then dapat duduk sebelah die. hehe . Dengan adanya adat macam ni, suasana perkahwinan dalam sesebuah majlis perkahwinan akan menjadi lebih meriah,riuh dan dapat mengikat silaturrahim . 

KEMBARA MAHKOTA JOHOR
Next, myra nak cerita pulak pasal Kembara Mahkota Johor (KMJ) yang akan dilaksanakan setahun sekali pada tiap-tiap tahun . Program ini disempurnakan apabila dahulunya Sultan Ibrahim sewaktu masih bergelar Tengku Mahkota Johor, akan mencemar duli melawat tiap2 negeri dan destinasi terpilih memantau aktiviti rakyat, beramah mesra,

 meninjau kemajuan rakyat di samping menbantu rakyat yang kesusahan . Melalui acara yang merupakan rutin tahunan ini, TMJ dan semua ahli keluarganya akan merapatkan hubungan dengan rakyat melalui permainan sukan rakyat, pertandingan memasak yang diadili oleh TMJ sendiri( sekarang Sultan Johor) dan bermacam-macam lagi aktiviti kebajikan. Myra agak impress bila SJ tidak membahasakan diri baginda 'beta' malahan 'aku' kerana mengakui dia bukan dari keturunan Sultan.  

Bila terasa baginda SJ begitu dekat di hati rakyat Johor, kami, sekalian rakyat Johor tidak kira berbangsa apa, atau beragama apa sangat sayang akan Sultan Johor kami. Daulat Tuanku!

Tunku Ismail Ibrahim
Tengku Mahkota Johor kini

ZAPIN JOHOR


Seterusnya, keistimewaan Johor yang tiada tolok bandingnya ialah tarian ZAPIN . Tarian Zapin berasal dari Tarian arab dan merupakan Tarian yang popular dan telah diangkat sebagai identiti Johor. Jenis-jenis Zapin Johor terbahagi kepada beberapa daerah di Johor. Yang dapat myra senaraikan, antaranya ialah



1. Daerah muar - dikenali dengan zapin Lenga dan zapin putar alam
2. Batu pahat - Zapin Kores, zapin Tanjung Labuh dan Zapin Padang Sari
3. Pontian - Zapin Seri Bunian dan Zapin Parit Mastar
4. Mersing - Zapin tenglu dan Zapin Pulau
5. Johor Bahru - Zapin Melayu Johor dan Zapin Pekajang.

Bercakap pasal zapin nehh, myra akui yang myra dah sangat2 jatuh hati pada dance nehh since I started getting involved with it . Sayangnya, bila masuk sekolah menengah, sekolah tu tak berapa aktif sangat dengan zapin sebab muridnye sikit je .but paling ta sangka masa form 3, ada event Anugerah Seri Asrama Terbilang 2008 (ASAT) dan dorang ada listkan Pertandingan Tarian Rampai (means bukan 1 jenis tarian je) So kitorang bawak tarian zapin, joget, and asli . (rasanya ad lagi, but dha lupe lha). Masa lawan kat peringkat zon and daerah, Alhamdulillah we got first place. Then seterusnya kitorang lawan pulak kat peringkat Negeri di Sekolah Menengah Teknik Pontian. Memang pengalaman yang sangat manis dan menarik. :)

BAJU MELAYU TELOK BELANGA

Baju Melayu Telok Belanga
Haa, bila cakap pasal nehh myra dah mula tersenyum, tersengih dan sebagainye lhaa . (jgn ckp myra gila tauu) . Identiti Johor yang seterusnya ialah melalui Baju Melayu Telok Belanga yang dipakai oleh lelaki (mestilahh!) Lain daripada baju melayu yang lainnye BMTB nehh yelah pada jahitan leher baju nehh yang dinamkan jahitan tulang belut. 
Jahitan Tulang Belut
Serious cakap ramai lelaki(lelaki Johor especially) akan nampak lebih tampan and terserlah kelakiannya bila mengenakan sepersalinan lengkap BMTB bersama samping yang akan dipakai di dalam baju, spt gambar di atas. Myra pun sukeeee sangat tengok lelaki pakai Baju Melayu siap dengan samping . Handsome tauu . Seperti itu jugaklah Addin jatuh hati pada Benz Alif Sulaiman apabila melihat mamat backstreet tu pkai Baju Melayu Telok Belanga warna peach siap bersamping. TUNAS-authored by HLOVATE


MAKAN-MAKAN TIME

waaahaaa, now's  the time utk membuat perot korang buat gig ala-ala band STATIK bila tgk semua ni . ehehe. Meh lhaa datang Johor, bumi yang kaya dengan makanan yang sangat menyelerakan , sedap, dan juga murah belaka . Next post myra citer Makan-makan spot yang femes kat Joho nehh. ahaa. mehh, scroll~

Laksa Johor
wee,myra tau ramai yang tak suke makan laksa . sebab ap? Manalah myra tauu . yang penting myra sukeee sangat laksa Johor . especially yang my mum buad . myra penah buad sendiri tau laksa ni, memang sangat2 rumit proses dia , and nak siapkan garnishing dia macam sayur2 tu sume. But memang sedap sangat!

Laksa Johor
Haa, bawah ni pun special jugak . memang tak dapat kat tempat lain . eheh, kalau ada pun dah ta ori lahh . sebab yang kat Johor punye jugak yang sedap . Try lha, sedap wokk. Gua ta tipu lu punye.
Nasi Beriyani Gam
Yes, dia datang, dengan lenggang lenggoknye! Wee, mee bandung terbaik yang pernah myra rase? Mestilha kat Muar! dan Tanjung Langsat, Pasir Gudang . Gerenti licin punye pinggan korang bila makan Mee Bandung ny. And when myra dok Terengganu, myra order Mee Bandung dengan high expectation mee tu mcm kt JB, sekali rase dy? pfftt! teros tak jamah. makanan kat JB tetap yang terbaekkk!!
Mee Bandung Muar

HQ Mee Rebus Haji Wahid
Taman Rinting !!
Mee rebus
Tu diaa. Mee Rebus Haji Wahid. Paling femes kat JB ny tauu . and HQ nye? Dekat je ngan rumah myra, TAMAN RINTING . Kadang-kadang kelakar pulak bila berbual dengan orang-orang tua . bila dorang tanya myra dok mane? then, cakaplha dok kat Taman Rinting . Mesti dorang cakap macam neh .. "ohh, tempat mee rebus Haji wahid tu eh?" Yes, ni lah tempatnye . Kalau korang datang rumah myra, hari-hari boleh pekena Mee Rebus nyy. :)

Lontong
Salah satu sarapan di Johor Bahru . Lontong berkuah atau lontong kering . Kuahnya pulak sayur lodeh . yumyumm. sangat sedap . apalagi bila sambal dia yang oedas tu bercampur dengan kuah lodeh . Tambah lagi ngan serunding ayam and telur rebus.  Fuhh! Tak jumpe tau ni kat tempat lain . Teehee

Chicken Chop
It Roo Cafe
Chicken Chop Hutan Bandar


Dah sampai JB, jangan lupe datang IT Roo Cafe yang terletak di Jalan Dhoby . Chicken Chop yang sedap, murah and authentic! It worth your and not gonna put a hole to your wallet certainly! Tak dilupe chicken chop yang murah dan sedap di Hutan Bandar (depan je nan hostel lame myra. hii) kat sini memang penuh bersesak dengan orang tiap-tiap hari . Sape tak nak chicken chop RM5 yang sedap? Pasal servis jangan risau, byase nye waiter dia akan angkat 4-5 pinggan sekaligus(or maybe more than that? ")

Kacang Pool
Kacang Pool juga merupakan menu yang wajib dicuba pada sesiapa yang datang berkunjung ke Johor Bahru . Yang paling sedap pernah myra rase yang kat Muar, Larkin Bomba and Plaza Larkin . Nyaaa, I'm hungry mau makan ini semuaa! =___=



Otak-Otak Kempas
Saya tetap sukakan otak-otak JB. tak kesah la dy otak-otak Kempas ke hape kan . Yang penting saya tak boleh terima otak-otak dari negeri lain .Even otak-otak Terengganu . Maaf ya org Terengganu . Maafkan tekak saya nehh . Hihi

Salahuddin's Bakery

Hahaa, tu dia Salahuddin's bakery. kedai roti yang jual roti fresh from oven DAN MASIH MENGGUNAKAN TEKNIK PEMBAKARAN LAMA. Serius, dapur sume lama, but rasa masih sedap . I mean SANGAT SEDAP! Masuk dalam ni, bau wangi jee . Teehee 

Ni lah makanan tradisi orang Jawa yang sangat popular di Johor. Sedap weyy. banyak lauk dia,
puas betol kalau makan.
Nasi Ambeng

Pisang Goreng with Sumbal Kicap Johor
Meh mehh, tengok pisang goreng ngan sambal kicap Johor tu. terliur tak? KAt johor je yang hidangkan pisang goreng dengan sambal kicap . memang tak jumpe lah kat mane2 lagi yang buat hidangan macam ni . bila nampak orang makan pisang macam ni, CONFIRM tu mesti orang Johor. Peace (Y)

Sirap Bandung Soda

Sirap Bandung Soda . Si cantik pink ni kembar saya yang dipanggil SYRUP oleh lecturer kitchen kat UiTM Dungun . (Dy panggil myra syrup sebab ramai sgt org nama Myra and myra pulak asal dari Johor) Sirap Bandung memang merata2 ade, but si cantik pink ni hanya ada kat Johor je . Bila myra demand nak ni kat kedai makan, tercengang-cengang mak cik tuu . HEHE. saya baik kan mak cik?


Teh 3 layer
Si hensem ni, TEH 3 LAYER taktau lha just ade kat Johor je ataupun ada jugak kat tempat lain . Tapi, si hensem ni sedap betol mase myra minum kat Larkin Bomba . Masyukkk jee .


ABC Special

  Lokasi : Larkin Bomba
Plaza Larkin

JOHO
Dan kenapa Johor sangat special? Sebab Johor ada JOHO movement yang sangat special . Awak sangat superb. Myra nak usha awak boleh taa? ekeke . Nak tau pasal JOHO ni, meh serbu FB dan belogg mereka .


Fuhh! Habis pun entry kali ni . Hope u guys enjoy reading it . jgn lupe tinggalkan komen kalau nak tau apa2 k? Luv u guys!

one more!

Comments

Popular Posts