Rugi Kepada siapa yang benci kat Kucing :)

salam,


ohh. hari ni myra nak cakap pasal KUCING or CATS kepada yang ta paham speaking London. Haha, specificly myra sukaaaa sangat kat KITTENS. sape geng myra mesti dy senyum je skang. Tak pe laa, yang nak tutup bloggie myra neh suka aty dy la. T dy jugak yg rugi sbb ta bce abes. betol ta kanak-kanak ribena sekalian? he he . pernah dulu, myra femes ngan nme KATS KAPP gara2 terlalu minat kat kucing. Ohh ya, Kats Kapp tu actually watak dlm citer Caramel Theater kt mjlh komik GEMPAK. huhu. oke, lari topik . kita zass ~

KUCING DAN ISLAM

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.
Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.
Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.
p/s baca tuu, jangan la kanak-kanak ni menganiaya kucing yep. da la comel, smpai ati korang sepak dy.huhu. especially, arin! myra tau arin takut kucing! hahaha

snowy . cute right?

Amacam ? Nak lagi ? Sabar . . . banyak lagi info yang korang tak tau lagi nehh = =' (sabar je lahh)

kucing dan kesihatan 

 Nak tau tak ?
  • Kucing merupakan teman hebat dan ia kini dijadikan mod terapi,khususnya untuk warga tua dan warga cacat.


  • Kanak-kanak yang membesar bersama kucing biasanya lebih berjaya dalam kerjaya dan perhubungan mereka dewasa kelak.  


  • Kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa 94% daripada ketua eksekutif pernah memiliki haiwan peliharaan semasa kecil dan kanak-kanak yang mempunyai haiwan peliharaan lebih memahami konsep keprihatinan, perkongsian, tanggungjawab dan kasih sayang. Mereka juga lebih berjaya menjalinkan hubungan yang mesra sebagai orang dewasa.


  • Aksi membelai kucing telah terbukti berkesan menurunkan tekanan darah. Hasil tinjauan di Australia membuktikan memiliki haiwan peliharaan sama berkesan menurunkan tekanan darah seperti mengurangkan minuman beralkohol atau mengambil kurang garam.


  • Pemilik haiwan peliharaan mempunyai tahap kolestrol darah yang lebih rendah, purata 2% lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.Pemilik haiwan peliharaan menanggung risiko penyakit jantung yang jauh lebih rendahberbanding mereka tanpa haiwan peliharaan.



  • Memiliki haiwan peliharaan dapat membantu proses pemulihan pesakit daripada serangan penyakit jantung.


  • Pemilik haiwan peliharaan kurang diserang masalah seperti batuk, selesema, sakit kepala dan sakit belakang.


  • Pemilik kucing selalunya mempunyai kesihatan psikologi yang lebih baik daripada yang tidak memiliki kucing. 


  • Kucing memberi tuannya sokongan emosi khas dan merupakan teman yang hebat sambil menjauhkan gejala kemurungan keseorangan, kecemasan dan lain-lain.

                                                                                                          info credit to wiki and selangor2u.com


Bagi myra pulak, kucing ni merangsang sesuatu yang positif dalam hidup myra. Myra ade banyak pengalaman bila nak cerita pasal kucing ni. ekeke ,  padahal myra ta pernah pun bela kucing.
myra sangat suka kat kucing since kecik lagyy. pernah sekali, kat sekolah agama 
(mase tu around drjh 3 kudd)
myra nmpak anak kucing ni, hehe . tau ape myra buad? myra kidnapped dy bwk msuk dlm beg. MUAHAHA!
sekali kantoi pulak. dah kucing tu kne hantar blek skola agame. he he .

Lagi sekor ni, myra jumpe blakang rumah . Kidnapped lagi. tapi myra lepaskan sbb mase tuu nak g
tgk citer sailormoon pnye pasal. Menyesal pulak lepaskan. adess, 
kanak-kanak ribena la katekan.

Haa, ade sekor ni. kaler oren taww. Lame jgak laa dy dgn myra,
yg sebelum2 ni tak dpt thn lame
sbb ayah ta suke kucing. mak pun ta suke. sbb ta na jage . Haishh,
sekali mse tuu myra mandikan, habis basah uma sbb myra na sorokkan kucing tuu.
ta pepasal kucing tu kne buang. BUANG LAGI??

Sedihh gle taww. myra suke kucing sbb dy comel :)
mcm myra. ahucks . poyo je lebih . 
abes da myra tade member la kat rumah .  ade kucing tade la rse sunyi sangat.

YEAY! Lau sblum2 ni tade name , kali ni myra amek sekor
dri uma cikgu myra, kecik kemetot lagy . 
name dy AUDY ABBIEY
hehe, nme sedap kan? tau dahhh. haha.

 <--------- warna dy same nan sblah kanan ats uw

cpmel kan? sayang gle nan dy. serious. dy chomell sgt. pernah sekali mase mak tga wat gubahan potpouri
bole dy msuk bwah net uhh and kuakan tgn dy ala-ala tido dlm slimut. paling ta sangke dy leh tdo bawah
net tu. chomel sungguh!  
Kucing ni jugak leh phm perasaan manusia taw. pernah , masa tu myra kne mara dgn ayh.
apa lagi, si anak ayah ni berlari masuk bilik n nangis semahu2nya 
macam tak de hari esok.
paling ta bole lupe, Audy jilat2 tgn myra , mcm nak console myra jewh.
terus senyum je myra mase tuu.
urm, sayangnya kat kucing tu smpai bwk balik kampung lagy taw.
huu, tapy kucing tu da kne hanta balek sbb mata dy sakit.
mak dy je yg leh baikkan mata dy uhh.
sayangnye, sampai sekarang ta jumpe lagy.
sobsob.

okelah tu je, entry myra hari ni. tetibe je nak tulis psl kucing . sbb ape yek? dri petang td la, cam teringin lak
nak ade kucing lagy. haha. oke la, tu je. byebye


Comments

abu zarin said…
aha.kucing kucing.lagi rele anjing :)
tshirt koyak said…
kucing oh kucing..haha
Myrara Hana said…
@tshirt koyak

haha, kamsahamnida coz sudi singgah :)

Popular Posts