Modul-Modul PLKN

Salam,
oke guys. meh, myra nak briefing sikit pasal modul-modul PLKN nehh. There are 4 main modules that are, modul fizikal, modul pembinaan karakter, modul kenegaraan dan modul khidmat komuniti. Masa myra pnye kumpulan, dah diperkenalkan modul baru iaitu modul budaya kerja. And tak silap, utk kump 2 nehh ada modul PKRS. boleh tgk sini . info pasal modul budaya kerja pulak kat sini

Skop latihan PLKN mengambil masa selama tiga bulan. Terdapat 4 modul dalam PLKN iaitu modul fizikal, modul kenegaraan, modul pembinaan karakter dan modul khidmat komuniti. Aktiviti-aktiviti utama modul fizikal adalah asas kawad, tali tinggi, asas pertahanan diri dan kraf hutan. Modul Kenegaraan membincangkan sejarah tanah air, kedaulatan dan maruah negara, Malaysia dan isu isu antarabangsa, pertahanan dan keselamatan negara serta tanggungjawab rakyat kepada negara. Modul pembinaan karakter. Memberi tekanan kepada penerapan nilai nilai murni dan sejagat, keyakinan diri, kepimpinan dan penilaian diri sendiri. Modul khidmat komuniti melibatkan perserta dalam aktiviti membina dan membaik pulih kemudahan awam, pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar, gotong royong dan kejiranan serta aktiviti kesukarelaan.



Berdasarkan info yang dipetik dari dari FAQ Laman Web Rasmi JLKN .


Modul Pembinaan Karakter


Modul ni merupakan aktiviti yang majoritinya dijalankan di dalam kelas . Waimapun begitu, aktiviti dan pengisian yang dijalankan tidak seperti di sekolah malah lebih menyeronokkan kerana mempunyai pelbagai aktiviti menarik seperti gerak ceria dan sebagainya.


Modul ini mempunyai dua komponan, iaitu menampilkan yang terbaik dalam diri sendiri dan menampilkan yang terbaik dalam diri orang lain. Bagi myra, modul ni walaupun dilakukan dalam kelas , mmg best laa. dpat tingkatkan keyakinan diri, melatih kepimpinan, tingkatkan social skills dan banyak lagi benefit. Kesannya, korang akan jadi lebih rapat and kenal antara satu sama lain. Bayangkan, korang cuma bersama 2 minggu tapi  rasa macam dah rapat sangat. Sampaikan masa hari terakhir tu, myra nangis gile2. Faktornya, sbb jurulatih kelas myra best. kawan2 pun best. huu.

Modul Fizikal





Macam biasalah, bila dah namanya fizikal modul ni gunanya nak uji ketahanan mental, fizikal dan spiritual korang. bila aje modul ni dah setat mmg melepek la korang bila malam datang. Penat woo, mmg badan kena ready laa. Yang kurang zat besi tu baik tmbah ferum awal2. bhaha. kang nak angkat kasut but pun ta larat. berat wehh. So, antara aktiviti yang terkandung dalam modul ni antaranya yang paling femes asas kawad kaki,  tali tinggi, navigasi, kraf hutan, pertolongan cemas (PC), Tempur Tanpa Senjata (TTS, taekwondo) aktiviti air (kayak, rakit) merentas desa, kembara hutan dan lain-lain. Utk Kem Sembrong , Kitorang ada para-para tau. jangan jelesss = =' dan yang paling best the ultimatum ialah MENEMBAK! yihaaa!




Nak tau pengalaman myra mase menembak ni? nnati kita zasss~ hahaha

Modul Kenegaraan



Modul Kenegaraan adalah sebuah modul yang diaplikasikan untuk memperluaskan pengetahuan tentang kenegaraan (nation-building) dan meningkatkan perasaan cinta serta pengorbanan para peserta program kepada negara. Melalui latihan dalam kumpulan, jurulatih memimpin kumpulan untuk mempelajari tentang kenegaraan yang merangkumi tanah air, rakyat, kerajaan, kedaulatan dan cabaran-cabaran dalam dan luar negara. Melalui elemen Tanah Air, peserta akan dibantu membina serta memupuk rasa sayang kepada tanah air dan sanggup mempertahankannya. Peserta membincangkan tentang negara dari segi aspek geografi, keindahan bumi ini, hasilnya, sempadan dan lain-lain. Peserta dapat mengetahui asal-usul pelbagai ras, etnik, membina rasa sayang sesama etnik dan antara etnik, memahami kepentingan bersatu-padu melalui aktiviti seperti menganalisis fakta tentang etnik, mengharmonikan perbezaan, memahami persamaan dan sebagainya melalui elemen Rakyat. Elemen Kerajaan pula membantu peserta memahami bagaimana negara (tanah air, rakyat, kedaulatan) ini ditadbir dan diurus, melalui sistem pentadbiran, undang-undang, perlembagaan dan lain-lain. Peserta memahami kepentingan dan cara untuk mempertahankan kebebasan negara melalui elemen Kedaulatan. Cabaran dari dalam dan luar negara juga diperbincangkan supaya peserta menyedari peluang dan ancaman yang datang secara berterusan. Modul ini dilaksanakan selama tiga minggu dan pelbagai kaedah digunakan seperti lawatan, simulasi, lakonan, dinamik kumpulan, menonton gambar, melukis, berdebat, mentafsir peristiwa dan lain-lain.

Modul ni a bit boring tapi kemuncaknya memang best. Korang akan diuji dengan satu aktiviti yang sangat menyeronokkan dan mencabar. Semuanya berdasarkan pembelajaran korang  sepanjang modul kenegaraan neh. Myra dapat join, ada satu keyword ni suruh kitorang buat satu lambang negara korang and myra buat dan kena pegang benda tu elok2. Ada pihak musuh cuba nak rampas benda tu tapi mati-mati myra tak nak bagi sampai myra tolak mamat tu. Tak dapat benda tu, beret myra yang jatuh pun dy amik, Tak guna. Takpe, nanti myra citer full oke. haha

Modul Khidmat Komuniti


Modul ni, myra tak dapat join sbb injured. hukhuk. padahal ni lah yang myra nak sangat buad kat PLKN.
tape. tgk ni.


Kehidupan ini tidak akan memberikan sebarang makna sekiranya kita tidak mempunyai kekuatan untuk mencuba sesuatu.” Kesukarelaan dan jatidiri yang kukuh dan padu perlu dijanakan dalam diri setiap individu untuk menyuburkan kekuatan serta keyakinan diri. Dengan itu, sebagai langkah merealisasikan aspirasi tersebut, Program Latihan Khidmat Negara telah dilaksanakan dengan memperkenalkan beberapa modul tertentu kepada para pelatih yang berumur 18 tahun. Salah satu modul yang terdapat dalam pelaksanaan Program latihan Khidmat Negara ialah Modul Khidmat Komuniti . Modul khidmat komuniti mempunyai lima komponen utama iaitu kemudahan awam, kejiranan, khidmat sosial, alam sekitar dan penempatan di Jabatan. Ini bermakna, sepanjang program berjalan, para pelatih akan melalui kelima-lima komponen tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan .
Aktiviti Bagi melaksanakan aktiviti secara kolektif dan menyeluruh, aktiviti sepanjang siri dibahagikan kepada 5 pecahan komponen supaya wira dan wirawati mampu memahami aspirasi khidmat komuniti di antaranya ialah:

  1. Kejiranan – Antara projek utama yang dijalankan ialah mengecat dewan orang ramai, pembahagi jalan, menceriakan taman, lawatan ke rumah-rumah jiran di kawasan kampong, melakukan program anak angkat dan pelbagai lagi.
  1. Kemudahan awam – para pelatih turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti di lokasi-lokasi terpilih. Antaranya ialah pembaikpulihan perhentian bas, pembaikpulihan dewan masyarakat, memberi kesedaran kepada para pelatih dan masyarakat tempatan mengenai kepentingan kemudahan awam melalui ceramah ringkas, gotong-royong di rumah-rumah ibadat seperti masjid, kawasan kubur dan sebagainya.
  1. Antara aktiviti yang dijalankan dalam komponen ini adalah mendengar taklimat daripada institusi-institusi yang dilawat seperti Bengkel Orang Kurang Upaya, PENGASIH, hospital, klinik-klinik desa dan pelbagai lagi.
  1. Aktiviti yang paling banyak dilakukan ialah gotong-royong seperti membersihkan, mengindahkan dan menceriakan kawasan sekitar.

Comments

edayahzaid said…
ko pehal asyik promote plkn je. jeles aq. dah la aq x dpt pegi.. huhu
Myrara Hana said…
haha,jgn mara ye kak yahh. ;)

Popular Posts