Epilog Semester 4 :)


Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, masih berkesempatan hari ini untuk mencoret sesuatu di blog kesayangan myra ni. berkenaan entri kali ni, myra nak cite serba sikit pasal penghujung setiap semester yang paling mendebarkan bagi setiap penuntut IPT termasuklah myra. Obviously, its the semester result.

Sekali lagi, syukur alhamdulillah yang tak terhingga sebab untuk semester 4 ini myra dapat lagi kekalkan pointer myra above 3.50 and yang lebih myra tak jangkakan, myra dapat score 4.00 flat! Subhanallah, macam tak percaya pun ada sebab masa final exam cooking tuh myra tak buat dgn baik. rasa macam failure pun ada jugak, tapi maybe myra usaha lebih kat Log Book and report myra. Mana taknya, untuk printing report tu je sampai RM 56 kot! and paling tak boleh lupa, myra sampai terlibat dengan accident bagai, memang satu pengalaman yang tak boleh dilupakan. kadang2 terasa mcm berbaloi pun ada, di samping rasa 'setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya'

Firstly, myra nak ucapkan thanks yang tak terhingga pada Puteri Pacific Hotel, Johor Bahru and Persada Convention Centre, Johor Bahru yang merupakan tempat praktikal myra sepanjang 5 bulan sesi internship myra ni. Seriously, banyak sangat ilmu dan pengetahuan baru yang berjaya myra timba kat sini. Sekalung penghargaan terutamanya buat kak Syud and Kak Siti, kak Syud bahagian Human Resource and Kak Siti bahagian Persada Culinary Coordinator yang banyak bantu kitorang (kak ija, kak mie and I) sepanjang kitorang kat sana. Tak lupa jugak buat Chef Hanafi, Director of Culinary merangkap kenalan my mom yang banyakkkk sangat bagi kitorang peluang belajar benda baru yang mungkin kitorang takkan dapat kat tempat lain. Chef bagi kitorang peluang untuk food testing sebanyak 3 kali termasuk lah final food testing. Pengalaman yang sangat berharga.

Next, penghargaan untuk Sous Chef Western Kitchen iaitu Chef Asri aka Abang As. Dia yang paling rapat and paling baik sekali ngan myra. walaupun dy sous chef kat Persada, antara jawatan yg tertinggi, Abg As tak pernah sombong, and tak lokek kongsi ilmu dan experience dy kat kitorang. especially myra lah. (hehe) dy jugak yang ajar myra turn zucchini jadi bentuk daun, and berjaya jugak praktikkan masa final exam. myra bangga sebab bila myra tengok kawan myra yang lain2 turn zucchini semua tak jadi apa pun. Thanks abg as :) much thanks, sebab bg tunjuk ajar tu semua, tolong happykan myraa sebab kat sana memang sangat stress tau.

Seterusnya pulak, khas untuk Abg Mie and Abg Addy dari department Butcher. Dalam banyak2 department myra pegi, myra paling enjoy masa myra kat Butcher and kat Western Kitchen je. masa kat butcher ni Abg Mie especially banyak bagi tunjuk ajar, kadang borak mcm tak cukup tanah, kongsi secret (muehehe) and macam2 lagi lah. Bila myra rasa down je or rasa sedih, ade orang cari pasal ngan myra je mesti ngan abg mie tempat myra kongsi cerita. Abg addy pulak tukang back up myra, pernah dy sound kaw-kaw punya sorang staff ni yang perli myra. kehkehkeh. thanks abg mie, abg addy. korang tetap terbaikkkk! So guys, ni hadiah dari myra utk korang :)




sekian, wassalam

Comments

Popular Posts